

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 4
Membuktikan keimanan terhadap nama Allah al-'Adlu melalui tindakan secara beradab dan istiqamah
Terdapat beberapa aktiviti PdP yang boleh dilakukan untuk membuktikan keimanan nama Allah al-'Adlu melalui tindakan.
01
GALLERY WALK
Cara pelaksanaan :
-
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
-
Guru memberikan gambar yang menunjukkan situasi yang berkaitan dengan keadilan
-
Dalam kumpulan, setiap murid perlu berbincang untuk menyelesaikan masalah berkaitan gambar yang diberikan.
-
Selepas perbincangan tamat, guru meminta setiap kumpulan bergerak ke kumpulan yang lain untuk melihat hasil perbincangan setiap kumpulan.
-
Di akhir aktiviti, setiap kumpulan diminta untuk memberi respon terhadap hasil kerja kumpulan-kumpulan lain.
02
MENYELESAIKAN MASALAH SECARA BERKUMPULAN
Cara pelaksanaan :
-
Guru meletakkan soalan di 4 stesen yang berbeza.
-
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
-
Setiap kumpulan diminta untuk menyelesaikan tugasan pada setiap stesen.
-
Setiap kumpulan bebas memilih untuk bermula di mana-mana stesen.
-
Kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
03
ROLE PLAY
Cara pelaksanaan :
-
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
-
Setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan diminta untuk melakonkan situasi tersebut.
-
Guru menilai lakonan setiap murid.
-
Guru memberi pujian kepada setiap murid yang berjaya melakonkan situasi dengan tepat.