

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1
Menyatakan pengertian nama Allah al-'Adlu dengan tepat

PENGERTIAN AL-'ADLU
Nama Allah al-'Adlu bererti Yang Maha Adil dalam hukuman dan ketetapannya
Setiap perbuatan manusia akan diadili Allah SWT diakhirat kelak. Allah SWT memberikan ganjaran syurga kepada mereka yang beramal soleh dan balasan neraka kepada mereka yang melakukan maksiat
Lebih banyak maksud al-'Adlu :

al-'Adlu bermaksud adil dan saksama. Sebanyak 28 kali perkataan al-'Adlu disebut di dalam al-Quran (Muhd Kamarul Khaidzir Saadan,2017)

Menurut Quraish Shihab (2003), adil bermaksud menyamakan sesuatu dengan yang lain dari segi nilai mahupun ukuran sehingga sesuatu itu menjadi tidak berat sebelah dan tidak berbeza antara satu sama lain.

al-'Adlu bererti Maha Adil. Keadilan Allah SWT bersifat mutlak, tidak dipengaruhi apapun dan sesiapapun. AllAh Maha Adil kerana Allah selalu menempatkan sesuatu pada tempat yang semestinya.